Membentuk kecerunan Warna

Apa itu kecerunan Warna?
Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool.

Untuk tutorial ini, saya gunakan imej di bawah berikut:

2007-11-19_fig2

Masukkan imej di atas ke dalam perisian Photoshop. Kemudian pilih Gradient Tool dari Tool anda (Lihat Rajah 1):

2007-11-19_fig11

Rajah 1: Gradient Tool

Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool (Lihat Rajah 3)

2007-11-19_fig31

Rajah 3: Warna Foreground dan background

Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to Transparent (Lihat Rajah 4).

2007-11-19_fig41

Rajah 4: Linear Gradient

Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah gambar. (Lihat Rajah 5)

2007-11-19_fig51

hasil nya:

2007-11-19_fig61

Efek yang anda dapat lihat ini dipanggil sebagai efek kecerunan (Gradient Effect). Dengan efek ini, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis brosur, flyers, bunting, poster dan lain-lain bahan penerbitan dengan mencantumkan dua jenis gambar dan membuat pertindihan imej secara digital seperti yang dapat anda lihat pada contoh di bawah. Saya memasukkan teks “menjana pertumbuhan ekonomi” dan juga teks “Pertanian adalah perniagaan” di atas layer baru dan disusuli dengan sebuah logo Koridor Utara.

2007-11-19_fig71

1 Comment

  1. yusuf said,

    December 22, 2008 at 7:24 am

    kunjungan siang ini bagus juga………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: